Terima kasih kepada Anis Suhaila kerana sudi turun padang dan buat sharing pasal Propmall dengan team🌟

Banyak input menarik dan bermanfaat yang Anis kongsikan, dari cara nak dapatkan lebih banyak exposure untuk listing, bina network dengan REN lain, sampailah ke cara urus listing dengan lebih efisien.

Ramai yang hadir rasa terinspirasi dengan semangat dan pengalaman Anis sendiri. Kadang-kadang kita tunggu orang lain mula dulu, tapi sebenarnya kejayaan tu bermula bila kita sendiri berani ambil langkah pertama.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan luangkan masa. Komitmen semua sangat dihargai💪